BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 16, 2011

ketumbit dtg lagi..huhu

huaarrgghhhh!!!..dah lame kot xde ketumbit..tp baru2 ni, secara ttbe dpt ketumbit..sedih..huhuhu..until today, its been 3 days ketumbit ni ade..haisshhh bile nak hilang ni???skt da kurang la tp..huhu..so, i did some research about 'ketumbit'..here is what i found..mari kwn2 kt menimba ilmu!!!haha

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus.
Faktor-faktor :
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan 

Simptom-simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah 

Petua hilangkan ketumbit..(tp xcuba lg la..lps ni bru nk cuba)
ambil BAWANG PUTIH seulas… hancurkan… dan letakkan airnya kat Ketumbit tu… biarkan sahaja, jangan bilas… kuantiti.. bergantung pada besarnya ketumbit tu ya…
buat sehari je…
pagi,. tengahari dan malam sebelum tidur…insya Allah..

WARNING!!!
ok, dah ternyata la ketumbit ni takde kene- mengena dgn mengintai org tgh mndi ke ape ke k..jgn nk memandai2..hehehehe..

1 comment:

ding dong,