BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 31, 2011

work + makan besar!!

Just came back from work trip in Perak last friday..haha...
what a week!!
..siang pulun tampal and cuci gigi org, malam mkn besar..hahaha..
mmg boleh catat record la mkn durian plg byk..hik3..
anyhow, UiTM Seri Iskandar's peeps mmg best,  
most importantly, team MDC Seri Iskandar terbaik yaw!!!!!
hehehe~

breakfast dekat R&R Rawang..

sampai2 terus amek gambar..haha

2 jejaka..hahaha

menunggu dlm unit kesihatan..mase ni Datin nk jmpe dgn Dr Kamid..

ketua dan penolong kami!!

LUNCH dkt sawah padi..:))

blk dr lunch, amek gambar lagi..

preparation~

konon2 rajin..haishh!!

kerusi keramat~



mase ni kami sedih kene tidur kolej..tgh plan nk pujuk Datin utk tidur hotel..haha

makan time..(perbincangan utk tidur hotel starts here!)


durian yg sgt byk!!


hahaha..yeye ak nk bukak durian~

kerol yg seronok mkn durian..hee

we are ready!! :))

off to LUMUT!!(kononnye nk pergi lumut, tp smpi ke tmpt lain..haha)

dinner at marina cove restaurant..mkn besar!!




time ni semua penat blk dr rumah kak Aishah..haisshhh, baru perasan tade gambar dkt rumah kak Aishah..tp yg penting, gulai tempoyak terbaik!!haha

this time, mmg confirm sampai lumut!!ahaha








model of the week..kan ira kn??


boros betul semuanya..hahaha


  


that's the end of our tiring and 'kenyang'ness trip to Perak..
looking forward for the next one!!
hehehe 
*wink*

Sunday, July 24, 2011

here we come!!:)

Tomorrow we are heading to UiTM Seri Iskandar, Perak..
will be there for 5 days..:)
fisrt time nak naik mobile dental clinic..hehehe..
can't wait..
just finished packing my stuffs..
need to wake up early tomorrow..
 

Iskandarians!!!here we come!!!
jemput ramai-ramai memeriahkn mobile clinic kami..hehehe :)


 berkhidmat utk semua!!fighting!! :)

Saturday, July 23, 2011

sissy

 i love her..yes i do..haha..suddenly, pagi ni rase nk tulis about my dear sis, FATIN NABILAH AMIR..she's a sweetest girl i ever known..she's my girl..we did almost everything together..and still does..waking up, sleeping, eating, doing "stupid" stuff, skype same2..haha..pdhal mase tu dlm rumah, tp blk lain2..hahaha..emm then kt camwhoring, bergaye2, bersembang sampai pagi (kena marah dgn abah, haha), gaduh2 sampai cakar2 and tarik2 rambut, gelak kuat2 sampai terkeluar air mate,..haha..thinking back all the moments, i am just so lucky to have you as my sister..my cute little sister..(ouh, sweet gile aku..haha)..Alhamdulillah..

dear fatin, 

kakak syg fatin..don't worry after kakak dah ade family sendiri nnt, kakak still syg fatin same mcm kakak syg fatin skrg..kt still boleh share secret byk2 k..kakak terharu gile mse fatin belikn hadiah haritu..(huhuhu..ttbe nanges)..eventhough pen je pun tp kakak happy sgt..hik3..
haishh, rase geli pulak jiwang dgn tin ton..haha..
p/s: terharu x??hahaha

Last Day

Yesterday was the last day ammar in Shah Alam..this morning, die dah naik bus blk Kelantan..(ouh, mcm rindu pulak) haha..so, few days before yesterday, abah hari2 asked me to book movie tickets..nk bwk ammar tgk movie and treat him dinner katenye..anak kesayangan kn..hihi..siap mntk pujuk mama lg..hehe..so, tickets reserved..tggu hari je..hehe.. godek sane godek sini..tiba lah hari jumaat..hari yg dinanti-nanti..haha..

kami pon bergerak pergi sunway..en tunang pon ikut sekali..weee!!!hik3..movie start 9.20pm tp 6.30pm ktorg dah keluar rumah..mule2 mkn besar dkt KENNY ROGERS..nyum2!!dah lame xmkn situ..then pergi surau solat..tggu isya' sekali..sedar2 je eh dah pukul 9 lebih..ktorg pon terus pergi cinema..

nk tau ktorg tgk movie ape?

jeng jeng jeng...

siap tgk 3D lg..hehehe..*wink*

notes for ammar, 
oit, dah sampai kelantan nnt, belajar rajin2..take care..jmpe lg time raya nnt..
p/s: don't miss me..hahahahaha :P

 here is ammar aka mok mar..hahaha

Wednesday, July 20, 2011

new chapter~

New chapter in my life..i'm engaged!!(senyum sampai telinga..hahaha)...today is the 4th day being Anas's fiancee..pheewiitt..haha..gile syok sendiri mai neh..

hmm, dah jadi tunang org ni, kene byk bersabar..drh manis la katenye..thanks for the advice everyone!! 

ramai org tny, 'BEST X DAH TUNANG?'..haha..status je da jd tunang org, tp batas2 still xberubah..hik3..tapi bile dah jd tunang org ni, mestilah happy..plus kt akan jd more responsible..yela, lps ni dah kene hidup sendiri..ade family sendiri..dah xboleh nk depends on family sgt dah..hehe..ape yg penting, kene trust diri sendiri and partner kt..if ade org ckp buruk psl partner kt, jgn terus marah2..tny die elok2 k..DISCUSS dlu..penting tuhh..hehehe..for me, if ade prob ke ape2, the best person to share is your family and your close friends..those yg u trust betul2..mntk advice from parents..diorg lebih byk pengalaman dr kt.. (pesanan utk diri sendiri!!hehe)

Alhamdulillah. majlis berjalan lancar..food semua cukup..:D
thanks peeps for the wishes..and to all yg dtg majlis pertunangan sy, terima kasih byk2..to my parents, siblings, cousins, besties, mama's friends, neighbours..thanks a lot..u guys really made my day!!

170711..tarikh keramat..
most important, i ade cincin tunang u olls!!!hehehe












 sy SAYANG tunang sy!!!hehehe


more photos??



Sunday, July 10, 2011

kurma oh kurma!!

hye u olls,
assalamualaikum..

since Ramadhan is just around the corner, mesti ade yg tgh sibuk mane nak cari kurma yg sedap tp murah..kn??ecece..promote!promote!..hehe
apekate, utk juadah berbuka kali, kt cuba la sesuatu yg baru..

presenting.....jeng jeng jeng......

KURMA BARARI..
Kurma Barari adalah kurma yang terbaru dipasaran , ia bukan sahaja lebih sedap malah kandungan gula dalam kurma juga adalah lebih rendah dengan kurma yang lain. Ia juga di pekkan dalam yang cantik sesuai untuk di jadikan hadiah serta sedeqah untuk bulan puasa.
Kurma ini juga merupakan kurma dari Algeria dan Tunisia yang diimport khas dari Dubai.

JENIS KURMA YG TAWARKAN:

BARARI TUNISIA
RM 11
MANUFACTURED DATE : 2011
500 GRAM
HARGA PASARAN RM 13-14

BARARI ALGERIAN
RM 11
MANUFACTURED DATE : 2011
500 GRAM
HARGA PASARAN RM 13-14

EL MADINA
RM 11
MANUFACTURED DATE : 2011
500 GRAM
HARGA PASARAN RM 13-14

SEDAGHAT BAM KURMA
 RM 7.50
MANUFACTURED DATE : 2011
100 GRAM
HARGA PASARAN RM 9

BAM KURMA MADU
RM 8.50
MANUFACTURED DATE : 2011
100 GRAM
HARGA PASARAN RM 9 -10

KURMA MARIAMI
 ½ KG RM 18
HARGA PASARAN RM 20

KURMA AJWA
½ KG RM 23
HARGA PASARAN RM 25

KURMA EYGPT
RM 47 = 10 KG
HARGA PASARAN RM 48 =10KG


DELIVERY:

around shah alam: FOC
all around selangor: RM20-50
lain-lain bergantung pd tempat ye.. 

if interested just email me:

maimahirah@yahoo.com

"semoga kita sempat menyambut Ramadhan tahun ini dan beroleh manfaat dari-Nya. amin"

Khasiat Kurma~

Salam peeps,

Just wanna share some facts about dates..

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak."

Khasiat Buah Kurma

KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
 
B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar „Ajwah‟ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Renung-renungkan dan selamat beramal~